Monday, March 30, 2009

Zambry marah jadi makmum kepada Nizar

Perakdaily.com

March 30, 2009

konon nizar mempolitikkan solat

TAIPING 30 Mac: Calon PR Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PRK P059 Bukit Gantang, semalam telah bertembung secara tidak sengaja dengan beberapa pimpinan Umno dan calon Umno/BN Ismail Safian sewaktu menunaikan solat jemaah Magrib di Masjid Simpang di sini.
Yang turut berada dalam masjid ketika itu ialah Dr Zambry AK, TP Umno TS Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan Umno. Bagaimanapun Nizar kemudiannya ditegur keras (dengan nada amarah) oleh Zambry kononnya Nizar mengambil kesempatan untuk berpolitik.

Sebelum itu, Nizar bukan setakat mengimamkan solat (setelah diminta oleh imam masjid), malahan semasa solat telah membaca qunut nazilah yang diaminkan oleh semua. Nizar juga diminta menyampaikan tazkirah berhubung petikan ayat al Quran (SURAH yang dibacanya semasa SOLAT), namun ditentang keras oleh pimpinan Umno.
Untuk makluman, Nizar telah diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat itu dan pada rakaat pertama Nizar membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah, Nizarrah Al-kaafirun.

Beberapa pimpinan UMNO setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan yaasin. Maka berlakulah sedikit komosi (commotion).

Nizar mengelak bagi memelihara suasana.Nizar memberitahu:”Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”.

“Sambil tersenyum dan bersahaja saya berlalu meninggalkan majlis untuk menghadiri acara lain,” kata Nizar. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi Nizar keluar sewaktu meninggalkan masjid

No comments: