Monday, September 22, 2008

TERMINAL BAS RM32 JUTA MERCUTANDA BARU

Dipetik dari: Perakdaily.com

IPOH: September 17, 2008 By Anuar

Terminal Bas Sentral Meru Raya bernilai RM32 juta - satu mercutanda baru Bandaraya Ipoh akan terbina dalam tempoh tiga tahun lagi. Ia menawarkan kemudahan pengangkutan awam termoden untuk rakyat Perak,khususnya pengguna di Ipoh.

Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh dan Pusat Perdagangan dan Perniagaan diadakan di Pejabat Menteri Besar baru-baru ini. Ia turut disaksikan EXCO Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim .

Kompleks yang akan menjadi ‘Hub Pengangkutan’ itu akan dilaksanakan secara ‘Private Funding Initiative’ oleh syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd.

Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek di kawasan seluasa 8.3 ha ini akan memberikan keselesaan kepada pengguna dan lokasinya yang strategik bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan akan tentunya mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam Bandaraya Ipoh.

Beliau berkata syarikat itu juga dikehendaki menyediakan rangkaian perkhidmatan 30 bas baru pada peringkat awalnya bagi menggantikan 250 bas lama secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pelancaran.

Pengusaha juga bukan sahaja akan memberikan perkhidmatan yang selesa, tetapi juga akan memastikan terdapat kemudahan seperti surau untuk pengguna Islam, katanya sambil menegaskan bahawa projek ini membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. End/anr

No comments: