Friday, July 18, 2008

915 KELUARGA MISKIN TEGAR TERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS BAGI DAERAH KINTA

GOPENG, 10 JULAI, 2008

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap masalah rakyat terutamanya mereka yang dikategorikan miskin tegar.

Oleh itu kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi 5000 keluarga miskin tegar yang berdaftar di seluruh negeri Perak. Sedikit Sumbangan berupa 30 kilo beras, 5 kilo gula, 2 kilo minyak masak dan wang tunai RM 100 untuk satu-satu keluarga sedang giat dilakukan bagi meringankan beban mereka.

Bagi Daerah Kinta sahaja, seramai 915 keluarga telah dikenal pasti dan sebanyak 423 daripadanya penerima di kalangan orang asli. Majlis penyerahan bantuan disempurnakan YB Encik Chen Fook Chye, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir di majlis itu YB Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai, YB Chang Lih Kang, ADUN Teja dan Dato’ Razali Othman, Pegawai Daerah Kinta.

Antara penerima yang hadir di Majlis Penyerahan Sumbangan Miskin Tegar. Peserta miskin tegar tersenyum gembira menerima sumbangan Bekalan beras yang akan diedarkan kepada penerima-penerima miskin tegar daerah kinta.

Antara barangan yang akan disumbangkan kepada peserta miskin tegar.

No comments: