Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan berangkat merasmikan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Centre di Tasek Banding Temengor.

Baginda menyeru agar kerajaan negeri merangka pelan induk jangka panjang untuk memastikan khazanah negeri terpelihara dan pembangunan perlu menghormati garis panduan pelan induk itu.

Titah baginda, pendekatan tidak memusnahkan alam sekitar tanpa mengusir penduduk asal harus menjadi prasyarat kepada pemaju yang berhasrat membangunkan kawasan yang kaya dengan alam semula jadi. Daerah Hulu Perak memiliki keistimewaan kekayaan alam semula jadi seperti Hutan Royal Belum yang mempunyai biodiversiti Hutan tropika berusia lebih 130 juta tahun.

Projek berskala besar ini diusahakan oleh Syarikat EMKAY bagi memelihara kawasan tasik, kawasan hutan simpan, pelan pengurusan hidupan, flora dan fauna termasuk juga pelan pengurusan kegiatan ekonomi di kawasan ini bagi memastikan kawasan seluar 300,000 hektar ini kekal sebagai khazanah kebanggaan negeri dan negara.
No comments:
Post a Comment