Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat BN Perak 5 petang dihadiri Najib dibatal - Star

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
Feb 7, 2009

PETALING JAYA: Mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak yang dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang ini dibatalkan berikutan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat hadir.

Setiausaha Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

"Mesyuarat tersebut terpaksa dibatalkan kerana Datuk Seri Najib mempunyai urusan penting di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online, hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Selepas mesyuarat itu Najib dijadual mengadakan sidang media dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di SJK (C) Yuk Choy, yang terletak berdekatan dengan kediaman rasmi Mentri Besar.

No comments: