Sunday, April 13, 2008

BERI PELUANG KETUA KAMPUNG TERUS BERKHIDMAT - MB PERAK

Manjung, 6 April 08 – Menteri Besar Perak, YAB Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, “Jangan bimbang, selepas ini kita akan adakan pemilihan ketua kampung yang baru secara adil tanpa dipengaruhi oleh campur tangan pihak tertentu."

“Saya mohon ahli parti Pas dan PKR supaya bersabar dan beri peluang kepada ketua-ketua kampung untuk terus berkhidmat kerana mereka masih mempunyai kuasa untuk mentadbir sehingga tamat kontrak”, katanya.

Semetara itu Mohammad Nizar menasihatkan semua wakil rakyat agar tidak mengambil tahu atau mencampuri apa juga urusan yang dibuat oleh kerajaan negeri termasuklah yang melibatkan pihak berkuasa tempatan dan ketua-ketua kampung. Ini bagi menjamin sesuatu keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana wakil rakyat. Beliau berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umun Ke-12 anjuran Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang di Padang Majlis Perbandaran Manjung.

Beramah mesra. Orang ramai mengambil peluang bersalaman dengan YAB Menteri Besar Perak

Ribuan hadirin berbilang kaum menghadiri majlis tersebut.

No comments: