IPOH, 16 April (Hrkh) - Oleh Johan Jaafar
Kerajaan negeri akan berusaha untuk menyakinkan para pelabur luar dan dalam negeri untuk terus melabur di negeri ini, malah mereka digalakkan menambah pelaburan bagi mempastikan negeri Perak terus menjadi negeri maju.
Dalam masa sama juga kerajaan tidak akan membiarkan rakyat yang miskin terus dihimpit kemiskinan kerana masalah kemiskinan rayat juga menjadi tumpuan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar jamaluddin berkata demikian di hadapan lebih 50,000 hadirin sempena himpunan rakyat di Stadium Perak.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Selangor, Dato' Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor, Ketua Pemuda DAP Pusat, Ngo Kor Ming, yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan.
Turut sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Parti Keadlan Rakyat Negeri Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak, yang juga Adun Sitiawan, Nge Ko Ham.
Menurut Nizar penduduk miskin di negeri ini dianggarkan kira-kira 10,000 orang yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan iaitu RM387 sebulan.
Kerajaan negeri katanya, akan berusaha mencari sumber kewangan luar bagi mencapai hasrat berkenaan seterusnya mengurangkan jumlah golongan miskin di negeri ini.
Kerajaan negeri akan mencari sumber luar bagi menambah pendapatan kewangan golongan ini yang mungkin disalurkan dalam pelbagai bentuk sama ada pemberian subsidi makanan atau kupon supaya mereka mempunyai pendapatan yang munasabah.
"Kita juga akan menyalurkan bantuan dalam bentuk pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi mereka untuk memiliki rumah kediaman," jelasnya
Bagi menarik lebih ramai pelabur di sini kerajaan negeri juga akan mengkaji cadangan untuk memanjangkan tempoh pajakan bagi tanah industri besar yang diberikan kepada pelabur supaya mereka yakin untuk terus melabur di negeri ini, katanya.
Beliau telah berjumpa dengan beberapa pelabur dari Timur Tengah dan Amerika yang datang menemuinya dan mereka menyatakan kesediaan untuk melabur di negeri ini.
"Saya baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pelabur tempatan termasuk pengkilang, kita telah berdialog dan mengemukakan beberapa soalan, kita menjawabnya dan memberikan keyakinan kepada mereka, Alhamdulillah mereka puas hati dan merasa yakin untuk melabur di bawah kerajaan negeri yang baru," jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Para pembaca Yang Dihormati,
Besar harapan saya agar Perak akan memacu kehadapan dengan agenda ekonominya yang baru dan seterusnya menggembalikan kejayaan yang ia kecapi di tahun 60an dan 70an. Aktiviti ekonomi di negeri ini agak lembab setelah jatuhnya pasaran bijih timah pada tahun 80an. Ribuan malahan dalam angka ratusan ribu penduduk negeri Perak telah berhijrah ke luar negara untuk pencarian nafkah yang baru ekoran gagalnya industri perlombongan pada masa itu.
Setelah dua puluh tahun ia berlalu tetapi ratusan ribu penduduk ini berasa segan untuk pulang di negeri Perak kerana kurangnya kerancakan aktiviti ekonomi. Mereka lebih enak terus menetap di negara atau negeri lain disebabkan arus ekonomi yang masing-masing lebih rancak dari negeri Perak.
Saya berpendapat bahawa saingan yang utama bagi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak ialah untuk menggembalikan tenaga ekonominya yang sudah lama lesu dan pudar. Rancangan-rancangan ekonomi yang lebih mantap, kelulusan yang lebih cepat dan ketelusan pihak berkuasa adalah penting untuk membina kembali status ini.
Post a Comment