Thursday, May 15, 2008

Rombongan Ke Bangunan Parlimen Dan Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2008

Menteri Besar Perak, serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli MMK) mengambil peluang melawat ke Bangunan Parlimen buat pertama kalinya setelah menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.

Rombongan yang turut disertai oleh 25 Ahli Dewan Undangan Negeri itu telah bertolak dari Ipoh seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki bas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Setibanya di Bangunan Parlimen, rombongan disambut oleh pihak pengurusan seterusnya dibawa ke Dewan Rakyat untuk mengikuti sidang perbahasan Ahli-Ahli Dewan Parlimen. Seterusnya YAB Menteri Besar dan rombongan melakukan kunjung hormat ke atas YB Datin Seri Dr. Wan Azizah di Pejabat Ketua Pembangkang yang merupakan Presiden Parti (PKR). Rombongan turut melakukan kunjung hormat ke atas YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden (PAS) dan YB Lim Kit Siang, Presiden (DAP).

Kehadiran YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perhatian luar biasa Ahli-Ahli Parlimen dan para wartawan. Ketika ditanya wartawan pada sidang media, beliau menyifatkan lawatan ini lebih bermakna apatah lagi setelah berpeluang bertemu dengan kepimpinan Parti Pakatan Rakyat. Beliau juga terus memuji usaha media alternatif yang kini menjadi pilihan utama rakyat bagi mendapatkan sumber berita yang diinginkan. “Ini menunjukkan rakyat kian hilang percaya terhadap media arus perdana yang dilihat lebih gemar menyiarkan berita-berita yang kurang tepat”, katanya.

YB Datin Seri Dr. Wan Azizah memberi perhatian ketika mendengar pandangan daripada YB Tn. Hj. Mohd Zainuddin.

YAB Menteri Besar dikerumuni oleh wartawan pada sidang media di lobi parlimen.

Petugas parlimen sedang memberi penerangan kepada ahli rombongan

1 comment:

artic turban said...

Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria, is this fool still around, MB NIZAR PLEASE DO YOURSELF, PAKATAN and all the rakyat, please get rid, retire, put a gag order, instruct this moron to not make public speeches or press statements, he should have been the first person to be replaced, HOW CAN A DAP, PAKATAN MAJORITY LED STATE HAVE THIS RASCIST STILL MAKING STATEMENTS. HE SHOULD BE REMOVED OR RETIRED.